Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.
Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.
Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.
Apakah kesudahan filem kongsi ini?sama-sama kita nantikan… Mungkin filem kongsi ini akan menjanjikan satu kelainan apabila ditonton nanti… berikan sokongan anda pada Shaheizy Sam dalam filem kongsi ini.. enjoys..
Pelakon: Shaheizy Sam:Tumulak (Pelakon Utama), Fizo Omar:ASP Shariff (Pelakon Pembantu), Yana Samsudin: Inspektor Olla (Pelakon Pembantu), Azad: Mikail (Pelakon Pembantu), Bront Palarae: Kimpedu (Pelakon Pembantu), Putri Mardiana:Yati (Pelakon Pembantu)
Kongsi 2011 - full movies
p/s: handsome kan Shaheizy Sam?hehe. *ade hati pulak :P
No comments:
Post a Comment